Alhamdulillah...Seperti yang dijanjikan, pada post kali ini saya akan menjelaskan tentang kelebihan-kelebihan pemasaran melalui pasaran internet.
Tahukah anda?
Statistik pengguna internet menunjukkan bahawa jumlah pengguna internet sehingga tahun 2007 adalah seramai 14 juta! sementara jumlah pengguna internet sedunia adalah seramai 1.2 billion! Tahun 2009? Pastinya menyaksikan peningkatan yang lebih tinggi berikutan kemudahan akses internet yang meningkat pada masa ini. Semakin ramai rakyat Malaysia yang melanggan Stremyx dan tidak kurang juga yang menggunakan servis broadband dari Celcom, Maxis, Digi dan P1Wimax.
So, inilah potensi pasaran perniagaan internet!
Saya suka membuat analogi.
Bayangkan anda menjual pakaian misalnya busana Muslimah, dan anda membuka kedai di Jitra. Pasaran anda adalah terhad di kawasan itu sahaja. Lebih malang jika anda mempunyai pesaing di kawasan berdekatan. Anda mungkin menyimpan angan-angan untuk membuka cawangan di seluruh negara. TETAPI, dari segi kewangan (mobiliti modal, pengangkutan, sewa premis etc.) mampukah anda? Anda mungkin mampu TETAPI sanggupkah anda mengorbankan sejumlah besar perbelanjaan pada hari ini untuk pulangan yang tidak pasti pada masa depan?
Nah, inilah masanya untuk anda menembusi pasaran internet!
Seramai 14 Juta pengguna internet adalah potensi pasaran anda. Superb!
Bayangkan kalau pun hanya 10% daripada 14 Juta pengguna internet membeli produk anda secara online, anda dah boleh jadi JUTAWAN BUSANA MUSLIMAH. Superb!
Baiklah saya senaraikan kelebihan-kelebihan pemasaran melalui internet:
- Potensi pasaran yang luas
- Kos pemasaran yang secara relatifnya jauh lebih murah.
- Kos pengiklanan yang sangat murah dan meluas.
- Lebih selamat, InsyaAllah.
- Masa kerja yang fleksible. Boleh uruskan perniagaan dari rumah!
- Dan lain-lain.
Fikir-fikirkan. Jangan sekadar berfikir, bertindaklah.
Kalau anda masih baru dan ingin bermula dari bawah dengan mempromosikan produk usahawan lain, ikutlah saya:
http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=687
Ikhlas,
ProfTobe

No comments:
Post a Comment