Tuesday, May 11, 2010

Nak Jual Ape Online???

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Teruja saya mendengar cerita daripada seorang sahabat tentang perniagaan online yang sedang dijalankannya. Produk yang dijualnya ialah pakaian dan kain pasang yang dibelinya menggunakan modal sendiri. Saya tabik kerana keberanian dan keyakinan dia dalam mengambil risiko dan menjangkakan pulangan.

Tiba-tiba terdetik di hati saya, sudah pelbagai cara saya praktikkan sebelum ini untuk mencari pendapatan daripada internet business..tapi hambar. Mungkin salah satu faktor ialah kurang pengetahuan dan tiadanya 'risk' yang diambil. Tahukah anda! saya pernah kerugian hampir RM300 sebab join program affiliate yang tanpa saya ketahui 'sudah lapuk'. Terima kasih kepada www.wangcyber.com kerana telah mendedahkan kegiatan 'scam' oleh mereka yang tak bertanggungjawab.There after, saya join plak program affiliate lain yang free, promote ebook orang...join pun percuma, income pun percuma lah :D

Mungkin sudah tiba masanya untuk saya shift to real products which have the real value. Kos hidup yang tinggi dan dengan kondisi saya sebagai seorang full time student amat membuatkan saya terdesak dan terhimpit dari segi kewangan. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu meminta wang dari parents and family walaupun mereka sentiasa memberi sokongan serta bersedia membantu.

Saya punya buah fikiran tentang real product yang berpotensi untuk dipasarkan melalui pasaran alam maya (internet le) tapi masih membuat survey dan meneliti segala aspek yang perlu diambilkira. Semoga Allah meredhai niat dan tujuan saya, dan saya amat mengharapkan petunjuk dan bantuan dari-Nya.

Jika jelas matlamat dan produk, insya-Allah saya akan jadikan blog ini sebagai gerbang informasi produk saya pula di samping informasi2 bermanfaat tentang perniagaan internet. Bi iznillah aidhon.

Sekian dahulu untuk post kali ini.

No comments:

Post a Comment